Pimpinan PH akan mesyuarat mengenai kerusi DUN Mahkota hari ini – Saifuddin

Date:

Share post:

KEPALA BATAS: Majlis presiden Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang ketetapan berhubung parti yang akan bertanding mewakili kerajaan perpaduan pada PRK DUN Mahkota.

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata Pengerusi Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama parti komponen PH petang ini, di Putrajaya bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Beliau berkata perkara seperti parti yang akan menghantar calon seharusnya diurus menerusi mekanisme dalaman dan bukannya secara terbuka.

“Kami akan adakan pertemuan dan perbincangan, daripada perbincangan itu, barulah kami akan angkat satu ketetapan. Itu prosesnya dan biasanya ia tidak berlaku dengan mana-mana pimpinan di peringkat bawahan yang memberikan pandangan secara terbuka. Ia diurus melalui mekanisme dalaman.

katanya kepada pemberita selepas Majlis Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri di Dewan Millenium.

Saifuddin mengulas pendirian PH selepas Amanah Kawasan Kluang, Johor mahu parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota.

Kerusi DUN Mahkota kosong berikutan kematian penyandangnya, Syarifah Azizah Syed Zain, dan pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti 5,166 undi.

Sementara itu, Saifuddin minta jentera parti fokus pada PRK DUN Nenggiri dan tidak melayan desakan PAS yang mempersoalkan tindakan DAP yang tidak turun berkempen.

Beliau berkata jentera parti perlu terus berkempen supaya dapat memenangkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri, memandangkan berbaki beberapa hari sebelum tamat tempoh berkempen untuk PRK DUN Nenggiri.

Pengundian PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azmawi yang mewakili kerajaan perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail, yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...