Sabah tetap sebahagian dari Malaysia, Hidup mati kita dalam Malaysia – Hajiji

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: “Hidup mati kita ini dalam negara kita Malaysia,” demikian penegasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kepada pihak yang masih mempersoal kedaulatan dan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

Beliau berkata Sabah sudah 61 tahun bersama membentuk Malaysia sejak 16 Sept 1963, justeru isu tuntutan terhadap negeri itu tidak sepatutnya dibangkitkan lagi terutama mereka di negara jiran.

“Memang kita ini sudah dalam satu negara ini Malaysia (tetapi) ada isu selama ini belum lagi selesai, pihak sebelah yang masih lagi (tuntut Sabah). Jadi, kita menegaskan setegas-tegasnya bahawa kita tidak mengiktiraf kumpulan atau tuntutan (ke atas Sabah).

“Kita sudah merdeka bersama Malaysia 61 tahun jadi apa lagi ceritanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah ke-35 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Pada 29 Julai lepas, Kementerian Luar mengulangi pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia dan sebarang tuntutan terhadap negeri itu tidak akan diiktiraf.

Kementerian itu mengulas mengenai satu video tular dalam media sosial yang memaparkan kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempersoalkan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...