JKDM akan diteruskan di Sabah sebagai usaha santuni rakyat

Date:

Share post:

TAWAU: Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) akan diteruskan di Sabah sebagai nilai tambah dalam usaha menyantuni rakyat di negeri ini.

Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penubuhan jawatankuasa itu tiada masalah kerana ia dapat memberi manfaat kepada semua rakyat.

Katanya, JKDM boleh bergerak seiring dengan jawatankuasa sedia ada di kampung dan model yang sama juga sudah dilaksanakan di beberapa negeri lain di semenanjung.

“Fungsi JKDM juga tidak bertindih dengan tugas yang diperuntukkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau ketua kampung yang sedia ada.

“Saya melihat penubuhan JKDM itu dapat memberi manfaat kerana apabila ramai berkhidmat untuk rakyat sudah tentu ia sesuatu yang sangat positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Sabah Bahagian Kalabakan, di sini, semalam.

Mengulas mengenai gabungan politik Pilihan Raya Negeri (PRN) depan, Dr. Asyraf berkata, perundingan itu diserahkan kepada UMNO negeri.

“Setakat ini perundingan masih terbuka, kita belum buat apa-apa keputusan mutlak lagi dengan siapa dan bagaimana bentuk gabung berkenaan.

“Begitu juga dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditanding pada PRN Sabah nanti, kita serahkan kepada jawatankuasa perundingan yang telah dilantik,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop meminta semua cawangan yang telah diluluskan harus mempunyai struktur organisasi yang jelas dan teratur.

Katanya, struktur yang sistematik sangat membantu dari segi pelaksanaan gerak kerja dan semua inisiatif yang telah dirangka.

“Kita perlu jaga, perlihara dan bina kepercayaan masyarakat setempat bahawa UMNO masih menyengat dan boleh diharap.

“Peranan cawangan-cawangan perlu dititikberatkan kerana mereka adalah individu yang dekat, memahami kemahuan dan keperluan rakyat setempat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...