Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Date:

Share post:

PUTATAN: Kerajaan meluluskan beberapa projek baharu dan sambungan bagi pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Sabah bagi memperkasa khidmat kebombaan dan penyelamatan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini.

Katanya, kelulusan itu adalah salah satu inisiatif dalam Rancangan Malaysia ke-12, Rolling Plan keempat (RP4), yang mana sejumlah RM267.6 juta diluluskan bagi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merangkumi 17 projek baharu dan 47 projek sambungan seluruh Malaysia.

“Bagi tahun ini juga Kerajaan Perpaduan meluluskan peruntukan sebanyak RM53.8 juta bagi projek baharu fizikal binaan yang merangkumi pembinaan baharu, naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti kebombaan termasuk balai dan kuarters.

“Selain itu, peruntukan sebanyak RM64.8 juta sudah diluluskan bagi pelaksanaan projek baharu fizikal kelengkapan JBPM untuk perolehan baharu dan penyelenggaraan jentera serta kenderaan bomba.

“Ia termasuklah refurbish 30 unit Fire Rescue Tender (FRT), penggantian 10 unit bas bomba, penyelenggaraan Helikopter dan Aircraft Refuellent serta penyelenggaraan kenderaan bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan BBP Putatan di sini.

Beliau berkata, dengan adanya BBP Putatan ini akan membantu pencapaian response time yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih cekap serta efektif.

“Dengan beroperasinya BBP Putatan ini menjadikan 27 buah balai bomba di seluruh Sabah siap sedia untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada rakyat Sabah.

“Sebelum ini saya dimaklumkan sebarang insiden di kawasan ini dihadiri BBP berhampiran seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas yang terletak dalam jarak purata melebihi 12 kilometer dari putatan.

“Kini dengan adanya balai bomba di Putatan ini, sudah pasti masa bertindak akan menjadi lebih singkat dan pasukan dapat sampai lebih cepat di lokasi kejadian bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk di sekitar kawasan ini,” katanya.

Tambahnya, KPKT amat positif, pada masa akan datang dengan pertambahan bilangan balai-balai baharu yang akan dibina dan beroperasi, response time jabatan bomba akan dapat dicapai dengan lebih baik.

Bercakap lanjut beliau berkata, pembinaan projek BBP Putatan dimulakan sejak 2021 dan selepas pelbagai cabaran termasuklah pandemik COVID-19 dan sebagainya, pembinaan BBP Putatan akhirnya direalisasi pada Jun tahun ini.

“BBP ini sudah beroperasi sepenuhnya dan rakyat di kawasan Putatan dan sekitarnya sudah boleh menarik nafas lega dengan adanya balai bomba ini.

“BBP Putatan ini adalah projek pembinaan yang dilaksanakan di atas tapak yang berkeluasan 1.756 ekar dengan kos keseluruhan sebanyak RM 11.72 juta. 

“Ia juga adalah BBP kategori C yang dilengkapi dengan ruang jentera, pejabat pentadbiran, stor logistik, rumah pam, menara dan padang kawad serta kemudahan-kemudahan lain,” katanya.

Tambahnya, ia juga termasuk dengan bangunan kuarters dua tingkat terdiri daripada satu unit kelas E dengan empat bilik tidur dan empat tandas dan tiga unit Kelas F dengan tiga bilik tidur dan tiga tandas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...