Jentera BN Sabah siap sedia hadapi PRN17 – Suhaimi

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah yang diketuai UMNO sudah menyusun jentera masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, berkata jentera semua parti akan diselaraskan bersama sejurus tarikh PRN17 diumumkan nanti.

Beliau berkata, secara umumnya ketika ini UMNO bersama MCA dan MIC Sabah serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sudah bersedia menghadapi pilihan raya itu pada bila-bila masa dari sekarang.

“Komponen BN sudah menyusun jentera masing-masing. UMNO Sabah akan selaraskan jentera parti bersama -parti komponen apabila tiba masa PRN,” katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Himpunan dan Konvensyen BN Sabah di Sandakan kelmarin, mengenai perlunya BN negeri memperkuat jentera, menyatupadukan minda dan bergerak dengan satu suara bagi menghadapi PRN17.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran, berkata ketika ini kerjasama jentera semua parti komponen BN Sabah amat baik dalam meneruskan perjuangan rakyat.

“UMNO Sabah di setiap bahagian telah diarahkan oleh Ketua UMNO Sabah bagi menyusun jentera masing-masing di setiap peringkat.

“Kita telah turun ke bahagian-bahagian melalui program Gerak 17 bagi melihat persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Kelmarin, dianggarkan 30,000 ahli parti komponen BN menghadiri Himpunan dan Konvensyen BN Sabah sempena sambutan jubli emas BN di Sandakan.

Program sehari yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN itu mengupas pelbagai isu berbangkit yang didepani parti komponen BN.

PRN17 Sabah dijangka diadakan tahun depan sejajar tarikh tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang yang bakal berakhir pada Oktober tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan