AMANAH beri kerjasama penuh bantu calon BN di DUN Nenggiri

Date:

Share post:

GUA MUSANG: AMANAH komited memberi kerjasama penuh bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan bekerja sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kemenangan memihak kepada calon BN.

“Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan pada hari ini, kita boleh menang. Pilihan raya ini bukan hanya terletak di bahu BN tetapi juga semua parti komponen PH.

“Jentera parti komponen sedang giat disusun untuk membantu. Saya yakin PH serta AMANAH Kelantan akan berusaha secepat mungkin bagi memberi bantuan pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PH PRK DUN Nenggiri, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...