Agong berkenan kurnia Biasiswa kepada 14 pelajar IPT

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 kepada 14 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Istana Negara di sini hari ini.

Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan dua penerima akan melanjutkan pengajian di universiti terkemuka luar negara, manakala 12 lagi akan meneruskan pengajian di universiti penyelidikan tempatan.

Penuntut yang menerima biasiswa bagi peringkat PhD ialah Nadrahtul Aqilah Mohd Yahya (Imperial College London – Fizik), Alyssa April Dellow (Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Data Sains), Muhammad Aiman Mohd Sukiman (Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Persekitaran).

Penerima lain ialah Toh Shek Man (Universiti Putra Malaysia (UPM) – Cancer Pharmacology), Avinash Kumaresan (UKM – Nanoteknologi), Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim (UTM – Undang-undang) dan Jankin Abd Rahman (UPM – Ekonomi).

Penerima BYDPA pada peringkat sarjana pula ialah Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin (UPM – Computer Vision AI), Nur Addina Mohamad Rosli (UPM – Pemakanan), Jeyrubini Ramesh (USM – Molecular Omics Technology) dan Nasihah Mohd Zahid (USM – Nanoteknologi).

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam kenyataan sama berkata biasiswa berprestij yang mula diperkenalkan pada 2006 menaja calon berprestasi tinggi dalam akademik dan bukan akademik (ko-kurikulum).

“Setakat 2024, sebanyak 19 sesi penawaran dilaksanakan dengan 212 warganegara Malaysia menerima penajaan BYDPA iaitu 107 orang pada peringkat PhD dan 105 peringkat Sarjana,” katanya.

Beliau berkata ia melibatkan pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang, Kewangan Islam, manakala penambahan pada tahun ini dalam bidang Kecerdasan Buatan.

Dalam pada itu, penerima biasiswa, Toh menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan biasiswa berprestij itu.

“Dalam bidang pengajian saya iaitu kanser farmakologi, saya berharap akan menjumpai ubat yang lebih rendah kosnya dan mampu dimiliki semua pihak. Saya juga berharap akan dapat menjadi pensyarah dan menyumbang kepada generasi akan datang,” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)