DBKK mahu pihak konsesi tingkatkan jadual selenggara sekitar Bandaraya

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Syarikat konsesi diarahkan untuk meningkatkan jadual penyelenggaraan bagi kerja-kerja pemotongan rumput di atas bahu jalan serta jalan utama dan jalan protokol sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, faktor kekemasan landskap di Bandaraya Kota Kinabalu adalah salah satu elemen yang diberi keutamaan tertinggi oleh pasukan DBKK.

“Ini termasuklah merancang pelan tindakan penyelenggaraan, pemeriksaan, pemangkasan pokok dan pemotongan rumput secara teratur bagi mencapai tahap yang memuaskan kepada penduduk bandar raya serta kepada pelancong dalam dan luar negeri.

“Usaha ini juga memastikan keadaan rumput di atas bahu jalan, jalan raya utama serta jalan protokol sentiasa kelihatan kemas dan tidak semak, sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Jabatan Landskap, DBKK baru-baru ini membuat pemeriksaan dan pemantauan keadaan rumput di jalan raya utama dan jalan protokol sekitar Kota Kinabalu. 

“Hasil tinjauan pasukan kami mendapati terdapat beberapa kawasan yang berumput panjang dan perlu diselenggara serta-merta oleh Syarikat Konsesi yang dilantik.

“Melihat kepada keperluan ini, syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab perlu memainkan peranan dengan lebih efektif dan mengkaji semula kadar kekerapan penyelenggaraan yang dijadualkan.

“Penyelenggaraan yang kerap mampu mengelak rumput tumbuh terlalu panjang dan semak sehingga memperlihatkan imej Kota Kinabalu yang kurang menarik dan memberi ketidakselesaan kepada warga bandar raya,” katanya.

Beliau berkata, landskap bandar raya yang cantik, indah dan kemas adalah elemen yang semestinya memberikan nilai tambah terhadap tarikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Peranginan Semulajadi.

“Dengan itu, kesepakatan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan wajar diusahakan bersama, demi kepentingan warga bandar raya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...