Keputusan MFL : Sultan Selangor murka

Date:

Share post:

PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan hukuman tidak masuk akal dikenakan terhadap Selangor FC kerana  tidak hadir aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, bulan lalu.

Sultan Selangor murka dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

“Hukuman yang dijatuhkan adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,” titah baginda dalam kenyataan.

Semalam, MFL mengumumkan denda RM100,000 terhadap Selangor FC, bayaran pampasan kerugian ditanggung pasukan tuan rumah, JDT, dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

Selain itu, perlawanan Liga Super melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dimainkan tanpa penonton.

Lebih mendukacitakan baginda, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin tidak serius bersuara walaupun ‘berpengalaman’ dalam arena bola sepak Selangor.

Titahnya, belum pernah baginda saksikan keadaan seperti sekarang ini sepanjang tempoh terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak 1968, semasa zaman Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) diterajui Harun Idris sehingga baginda bersara pada 1990.

“Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan. Ini bukan sahaja mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara, malah boleh membunuh semangat dan hala tuju pasukan Selangor FC.

“Beta kini hanya berperanan sebagai penaung di dalam FAS. Namun, jika beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan bola sepak adalah sukan digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi.

“Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati,” titah baginda.

Bulan lalu, Selangor FC memutuskan ‘tidak akan hadir’ dalam perlawanan menentang JDT itu selepas MFL menolak permohonan mereka menunda tarikh asal perlawanan atas alasan ‘faktor keselamatan’.

Permohonan Selangor FC itu susulan insiden malang menimpa tonggak utamanya Faisal Halim yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, 5 Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...