Kerajaan Sabah sediakan RM474.55 juta bagi tingkatkan tahap pendidikan

Date:

Share post:

TAWAU: Kerajaan negeri memperuntukkan bajet yang besar iaitu sebanyak RM474.55 juta untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sabah tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, peruntukan itu untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah termasuklah perpustakaan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan pendidikan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus diberikan perhatian kerana merekalah permata negara.

“Kerajaan negeri juga komited dan telah merangka pelbagai program dan memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada.

“Inisiatif itu bagi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini, termasuklah memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekan kepentingan modal insan.

“Inilah bukti betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming, di sini hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Hajiji juga mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan.

Katanya, pencapaian calon peperiksaan SPM tahun 2023 lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun lepas dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada tahun 2022, perbezaan 0.13 mata.

Beliau berharap dengan kerja bersungguh-sungguh dan penuh komitmen semua guru, dapat meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan negeri Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)