Pemilik kenderaan barangan digesa daftar SKDS 2.0 – Anthony Loke

Date:

Share post:

SEPANG: Kementerian Pengangkutan menggesa pemilik kenderaan barangan supaya segera mendaftarkan kenderaan masing-masing di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 untuk menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan telah memberikan mereka ruang untuk mendaftar kenderaan.

“Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi… kalau tidak mereka akan salahkan kerajaan pula, kata kita tak bagi subsidi dan mereka naikkan harga.

“Jadi ini tanggungjawab mereka untuk tampil ke depan dan daftar. Harga diesel masih tidak berubah untuk mereka yang memegang fleet card SKDS 2.0, jadi saya harap mereka boleh memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman antara Batik Air dan Kia di sini, hari ini.

Loke berkata demikian menjawab pertanyaan media berkaitan pendedahan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh iaitu lebih 180,000 kenderaan barangan didapati masih belum mendaftar di bawah SKDS 2.0 bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...