Anak muda perlu pertahankan perpaduan – PM Anwar

Date:

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda agar mempertingkat dan mempertahankan perpaduan yang selama ini dinikmati oleh negara sekali gus menjadi generasi penerus yang bermakna untuk Malaysia.

Berucap merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Angsana Johor Bahru Mall malam ini, beliau berkata, perjuangan dan jasa tokoh-tokoh terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara dengan menyatupadukan pelbagai kaum juga perlu sentiasa diingati.

“Tanggungjawab anak-anak muda, generasi muda, jangan anggap perkara ini satu ketentuan yang boleh diremehkan kerana negara boleh bangkit disebabkan semangat perpaduan, negara juga boleh hancur kerana perpecahan dan ketidaksefahaman perkauman,” katanya.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Berkongsi mengenai lawatan ke Qatar, Republik Kyrgyz, Kazakhstan, Uzbekistan dan Jepun baru-baru ini, Perdana Menteri berkata negara luar memuliakan Malaysia bukan semata-mata kerana ekonomi yang melonjak tetapi juga disebabkan kestabilan politik serta rakyatnya yang hidup bersatu padu.

“Sebab itu saya tekankan kepada Menteri Perpaduan dan kementerian beliau supaya memberikan penekanan serta menjelajah ke seluruh negara sehingga ke peringkat akar umbi khususnya di peringkat sekolah untuk menyuburkan lagi semangat perpaduan,” katanya.

Beliau turut menyeru Kementerian Perpaduan Negara untuk memainkan peranan bagi memperkasakan kegiatan dan aktiviti rukun tetangga agar lebih progresif.

Sambutan Minggu Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara adalah inisiatif di bawah agenda perpaduan nasional yang merangkumi tiga kluster utama iaitu Semarak Perpaduan, Semarak Kenegaraan dan Komuniti Rahmah.

Ia bermatlamat menyemarakkan semangat perpaduan selain menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version