Kejadian cerun runtuh di jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom

Date:

KOTA KINABALU – Jalan menghubungkan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version