PH Sabah menyokong tindakan SLS, tidak menyokong pelaksanaan JKDM

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah sebagai sebahagian daripada kerajaan Sabah menyokong pendirian dan keputusan kerajaan berhubung dengan tindakan mahkamah Persatuan Undang-undang Sabah (SLS).

PH Sabah dalam kenyataan semalam berkata, PH Sabah memahami dan menghormati sepenuhnya keputusan yang diambil oleh SLS dalam membawa isu 40 peratus hak perlembagaan Sabah ke mahkamah dalam permohonan Semakan Kehakiman mereka. 

Pada 2022, PH Sabah juga telah mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dengan memfailkan Saman Pemula menuntut 40 peratus hak perlembagaan Sabah untuk dihormati dan dilaksanakan.

PH Sabah kini telah menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah bertekad untuk memastikan perkara ini diselesaikan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Teknikal (Jawatankuasa MA63) masing-masing diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kedua. 

PH Sabah juga memandang positif dengan tindakan SLS yang terus didengar di mahkamah dan pada masa yang sama komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu MA63 melalui penubuhan Jawatankuasa MA63 dengan wakil daripada kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik ke jawatankuasa itu.

Walapun dengan pendekatan yang berbeza namun mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memastikan hak perlembagaan Sabah dalam MA63 dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya. 

Dalam pada itu, dalam isu berkaitan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Madani (JKDM), PH Sabah berpendirian tegas bahawa JKDM tidak wajar diperkenalkan dan dilaksanakan di Sabah. 

Baru-baru ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah yang kini memberi kuasa dan autonomi kepada kerajaan Sabah untuk melantik dan mengurus pentadbiran jawatankuasa kampung seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sabah. 

Setiap wakil rakyat PH Sabah menyokong pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang berniat untuk memberi kuasa autonomi kepada kerajaan Sabah untuk menguruskan hal ehwalnya. 

“Kami mengalu-alukan sebarang peruntukan persekutuan yang diberikan kepada Sabah khususnya untuk pembangunan dan manfaat masyarakat luar bandar di Sabah. 

“Kami juga percaya bahawa peruntukan sebegini sebaiknya diuruskan oleh kerajaan Sabah untuk memberi makna dan penghormatan terhadap undang-undang negeri,” kata PH Sabah. 

Berkaitan dengan gabungan kerjasama politik, PH Sabah menyedari bahawa terdapat banyak laporan dan spekulasi berkenaan dengan rakan gabungan Politik PH Sabah dalam menghadapi pilihan raya negeri Sabah akan datang. 

Bagaimanapun, PH Sabah masih belum membincangkan sebarang persefahaman atau kemungkinan gabungan baharu yang akan dibentuk untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Namun begitu, PH Sabah tetap kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri serta menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan mahu melihat kerajaan ini mencapai tempoh penuh. 

PH Sabah menggesa agar semua pihak memberi tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini di bawah kerajaan Madani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...