Jumlah sebenar jemaah yang terkandas masih dalam siasatan JPM

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti bilangan sebenar jemaah Malaysia yang terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong bagi mengerjakan haji.

Timbalan Menterinya, Dr Zulkifli Hasan, berkata setakat ini, maklumat tepat mengenai jumlah jemaah itu masih belum diketahui.

“Buat masa ini, semua pihak berautoriti, jabatan ini bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Konsulat Malaysia di Jeddah sedang buat siasatan dan kita akan umumkan nanti perkembangan terkini. Namun, kita doakan semua (jemaah terbabit) selamat pergi dan pulang.

“Bilangan sebenar (jemaah Malaysia yang terkandas) belum dapat disahkan. Kita akan dapatkan maklumat yang tepat,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Antarabangsa 2024(IWC24): Pemerkasaan Wakaf Dalam Kemapanan Ekonomi dan Pembangunan Ilmu di Hotel EQ, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Norazah Mohd Nordin; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo; Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Dr Ridzwan Bakar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

Kelmarin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, berkata, agensi itu akan bekerjasama dengan pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk membuat siasatan sewajarnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau turut menggesa jemaah membuat aduan atau laporan rasmi kepada TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah,Arab Saudi dengan segera bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Zulkifli ketika ditanya sama ada kesemua jemaah terbabit akan dibawa pulang, memaklumkan perkara itu masih belum dimuktamadkan.

“Perkara itu masih di peringkat perbincangan dan kita akan umumkan status terkini (nanti).

“Ini tanggungjawab bersama TH dan kementerian (JPM- Hal Ehwal Agama) untuk mengambil peranan dan tanggungjawab menjaga kebajikan semua jemaah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 300 bakal jemaah haji yang sudah berada di Makkah kini dalam kebingungan apabila agensi umrah yang menguruskan perjalanan mereka gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

Bakal haji terbabit menyedari diperdaya selepas mendapati pakej haji yang murah ditawarkan agensi terbabit, menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...