Penukaran gelaran Ketua Menteri kepada Premier dibentangkan pada sidang DUN Sabah julai ini

Date:

BEAUFORT: Penukaran gelaran Ketua Menteri kepada ‘Premier’ bakal dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai ini kata Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

Mengulas lanjut, Ruslan yang turut menyokong penuh penukaran gelaran memberitahu, terdapat tiga lagi Rang Undang-Undang (RUU) lainnya akan dibentangkan dalam sidang DUN pada Julai depan.

Mengenai penukaran gelaran Ketua Menteri, Ruslan yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata penyelarasan gelaran jawatan itu wajar bagi menggambarkan kedudukan ‘setara’ Sabah sebagai wilayah dalam Persekutuan Malaysia.

“Justeru, saya sokong penuh usaha ini bagi menunjukkan status Sabah sebagai ‘rakan kongsi’ dalam pembentukan Malaysia sejajar dengan Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Waja Nabahan Group dan Gerakan Koperasi di salah sebuah hotel dekat sini.

Baru-baru ini ADUN Tanjong Kapur, Ben Chong meminta kerajaan negeri mempertimbangkan menukar gelaran Ketua Menteri kepada ‘Premier’ seperti yang telah dilaksanakan Sarawak sebelum ini.

Ben Chong berharap perubahan itu dapat dibuat bersama dua rang undang-undang (RUU) lain yang akan dibentangkan pada sidang DUN Julai depan.

Turut senada dengan perkara itu, Timbalan Ketua Gagasan Rakyat Kiulu, George Teo berkata langkah itu bukan melebih-lebihkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor atau penggantinya, tetapi untuk menyatakan pendirian bahawa Sabah berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung.

Pada 15 Februari 2022 lalu, DUN Sarawak telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Pindaan itu juga membabitkan pertukaran gelaran ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version