Sistem SSPA yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan akan diumumkan – Anwar Ibrahim

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, biarpun terbaik, ia akan membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi pernah dilakukan sebelum ini.

“Sistem (SSPA) ini antara yang terbaik pernah diperkenalkan oleh kerajaan dan implikasi kewangannya jugak tinggi, tertinggi yang pernah kita lakukan sebelum ini.

“Ini bukan masalah saudara saudari, masalah kita semua untuk mencari dana lebih, kewangan lebih dan saya akan runding dengan Menteri Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD, Datuk Seri Isham Ishak.

Anwar berkata, beliau mahu semua penjawat awam bahawa kerajaan pernah menganggap atau memandang kajian SSPA sebagai perkara ringan atau enteng.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan setiap kali dalam mesyuarat bersama KSN, KPPA dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), beliau sentiasa mengingatkan supaya tiada kelompok penjawat awam yang rasa tertinggal atau tersisih.

“Kita mahu ambil tindakan SSPA ini secara menyeluruh dan saya mahu (ia) dilakukan bersama dengan reformasi penjawat awam.

“Jadi saya nak bagi ingatan kepada kelompok, kumpulan di luar termasuk pembangkang jangan mainkan isu ini kerana 12 tahun tidak ada kajian sistem persaraan yang sepatutnya berlaku setiap 10 tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan pengiktirafan kepada penjawat awam menerusi SSPA, kerajaan mengharapkan golongan terbabit dapat menonjolkan prestasi lebih baik dan komited terhadap tugas.

Tegasnya, mana-mana penjawat awam yang malas dan memaparkan prestasi lemah, tidak harus diberikan kenaikan pangkat atau menerima pengiktirafan.

“Maknanya kita juga mengharapkan prestasi lebih baik, kerja lebih serius dan ketua jabatan mesti pantau kerana dalam kelompok yang besar, ada yang malas, ada yang lemah.

“Saya tidak fikir orang yang malas dan prestasi lemah harus diberikan kenaikan pangkat sebagai satu perkara biasa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, segala kemudahan untuk penjawat awam dari Semenanjung ke Sabah Sarawak atau sebaliknya, dikaji semula.

“Kita beri kemudahan tapi kita pilih dan nilai prestasi masing-masing. Kalau teruk, lembab dan malas, saya tidak fikir kita harus berikan pengikitrafan.

“Saya minta KPPA dan pimpinan bincang dengan semua, bagi pandangan tetapi ‘reform’ dalam perkhidmatan awam, dalam erti kata tidak melayani kalangan kecil yang prestasinya sangat lemah,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta kepada PPTD untuk memastikan program serta aktiviti yang dirancang, dapat dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...