RM1.8 bilion diperlukan baiki 710km jalan raya rosak teruk di Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerja membaiki dan menyelenggara kerosakan jalan raya di Sabah memerlukan peruntukan yang besar hingga mencecah RM1.8 bilion.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata ia berikutan jalan yang dikategorikan rosak teruk ialah 710 kilometer, manakala 126 kilometer lagi dikategorikan sangat kritikal.

Data mengenai tahap kerosakan jalan raya di Sabah itu adalah berdasarkan keadaan semasa pada tahun lalu.

“Ini memakan belanja dianggar sekitar RM1.8 billion. Dengan caruman dan geran yang ada hampir RM1 bilion, kita mempunyai defisit dalam mengatasi atau melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Kerja Raya Sabah pada Persidangan DUN Sabah, semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata peruntukan pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya disalurkan kerajaan persekutuan di Sabah hanya RM625 juta, manakala RM350 caruman daripada kerajaan negeri.

Peruntukan yang diperoleh pada tahun lalu itu katanya adalah untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalan negeri, jalan luar bandar, naik taraf jalan SRT (Jenis Permukaan Jalan) 2 dan SRT 3 ke SRT 1, jalan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah serta Jalan Pertanian.

Sementara itu, mengenai usaha mempercepatkan kerja pembinaan dan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo, khususnya pakej kerja satu (WP01) dan dua (WP02) di antara Sindumin dan Beaufort, Shahelmey berkata akan mengambil beberapa tindakan.

Katanya, antara langkah yang diambil ialah kementerian akan memastikan pemantauan yang berkesan dan teliti terhadap setiap pakej kerja, termasuk pemantauan terhadap kemajuan, spesifikasi dan penyelesaian isu tapak dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...