Pemberian khas: Sabah buat tuntutan berfasa jika rundingan tidak muktamad

Date:

Share post:

Sabah akan mengambil pendekatan tuntutan secara berfasa pemberian khas kerajaan Persekutuan, sekiranya proses rundingan tidak dapat dimuktamadkan sehingga tempoh ditetapkan, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata tempoh masa rundingan ialah selama satu tahun sehingga 18 Julai tahun ini, dan pada masa ini formula bagi pemberian khas itu masih dalam proses rundingan.

“Sabah telah lapan kali meminta data daripada kerajaan Persekutuan bagi menentukan jumlah yang wajar dituntut, namun tidak ada jawapan munasabah diberikan. Sekiranya selepas Julai ini tidak ada persetujuan dicapai, maka terserah pada kita mengambil pilihan untuk melantik pentaksir bebas.

“Selain itu, kita juga telah nyatakan selepas Julai kita juga akan buat tuntutan secara berfasa tanpa data-data yang lengkap dari kerajaan Persekutuan. Kita akan buat andaian dan kiraan sendiri berapa jumlah, berdasarkan data yang diumumkan oleh agensi kerajaan Persekutuan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Lamag) yang bertanya mengenai proses rundingan mengenai pembayaran pemberian khas berkenaan.

Bung Moktar dalam soalan lisannya sebelum ini bertanya, adakah kerajaan Sabah berhasrat untuk mencadangkan pentafsir bebas dalam proses rundingan tersebut, untuk menentukan jumlah yang wajar bagi pemberian khas itu.

Pembantu Menteri Kewangan negeri Tan Lee Fat ketika menjawab soalan itu berkata kerajaan Sabah tetap berpegang mengekalkan formula asal pemberian khas, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu dua per lima atau 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan di Sabah.

Beliau berkata semenjak rundingan ke atas amaun pemberian itu dimulakan, kerajaan Persekutuan membayar RM125.6 juta pada 2022 dan RM300 juta pada tahun lepas, yang mana kerajaan negeri menerima bayaran tersebut sebagai penyelesaian interim.

“Suka saya ingatkan bahawa perkara mengenai kemberian khas ini masih dalam proses rundingan, saya yakin dan percaya rundingan kerajaan Persekutuan dan negeri akan membuahkan hasil yang kita nantikan sekian lama, untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...