Tumpukan isu air masin di Sandakan – Frankie Poon

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Isu air masin di Sandakan masih belum diselesaikan walaupun sudah 16 bulan berlalu.

Datuk Frankie Poon (DAP-Tanjong Papat) berkata, apa tindakan positif diambil jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah berkenaan yang mana isu itu menjejaskan kualiti bekalan air rakyat Sandakan.

“Kualiti air bukan sahaja menjejaskan kehidupan penduduk Sandakan, malah akan menjejaskan semua pelawat dan bakal pelabur.

“Kualiti air yang teruk akan memberi kesan negatif kepada pelawat dan pelabur yang datang ke Sandakan. 

“Kita ingin menarik lebih ramai pelabur dan bukanlah menakutkan mereka,” katanya pada perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata, sektor industri juga merungut tentang kekurangan atau tiada bekalan air dari jabatan berkaitan di Sandakan. 

Katanya, ia sememangnya telah menambahkan kos pengeluaran mereka dan tidak menggalakkan kehadiran bakal pelabur. 

“Kegagalan untuk menyelesaikan isu tertunggak ini, akan menjadi ‘bumerang’ kepada usaha kerajaan untuk membawa masuk pelabur.

“Kita harus memastikan bahawa semua pengusaha industri berpuas hati dengan infrastruktur terlebih dahulu, untuk mengelakkan kerugian pelabur, kerana lebih mudah bagi syarikat untuk menghentikan pelaburan daripada memulakan pelaburan,” katanya.

Dalam hal ini katanya, adakah kerajaan Sabah mempunyai sebarang perancangan untuk menyediakan air industri untuk kegunaan industri dan bukannya membekalkan air terawat biasa untuk kegunaan manusia, bagi menyelesaikan isu kekurangan air terawat untuk kegunaan manusia. 

Katanya, usaha itu akan membantu mengelakkan isu kedua-dua pihak bersaing untuk mendapatkan sumber bekalan air yang sama dan menyebabkan gangguan bekalan air kepada kedua-dua kumpulan pengguna ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...