Agromakanan: KUSKOP sedia RM100 juta biayai penubuhan koperasi

Date:

Share post:

Papar: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan peruntukan RM100 juta bagi membiayai penubuhan koperasi yang terlibat dalam sektor agromakanan.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata pembiayaan menerusi Tabung Modal Pusingan yang dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu adalah inisiatif kerajaan melalui kementerian berkenaan untuk membantu menangani kekurangan bekalan.

“Justeru, saya menggalakkan masyarakat dapat memulakan penubuhan koperasi setempat untuk terlibat dalam aktiviti pertanian, penternakan, perladangan dan aktiviti lain di bawah sektor agromakanan.

“Penubuhan koperasi yang terbabit dalam sektor agromakanan boleh membantu rantaian bekalan dan keterjaminan makanan negara,” katanya menerusi kenyataan selepas melawat tapak ternakan ayam yang dibangunkan oleh Koperasi Kinabalu Lestari Berhad (KOKINA) di Kinarut dekat sini hari ini.

Beliau berkata syarikat itu memulakan pembinaan kandang ternakan ayam pedaging dengan kos RM450,000 menggunakan syer anggotanya dan dijangka memulakan kitaran pertama ternakan pada Julai ini.

“Sebab itu saya ingin menawarkan bantuan pembiayaan sebanyak RM100,000 di bawah Skim Start-up Financing (SuFi-1) kepada KOKINA sebagai tanda sokongan kepada perusahaan koperasi itu,” katanya.

Sementara itu, Ewon berkata SKM mendaftarkan 1,001 koperasi baharu pada 2023, yang merupakan satu sejarah pendaftaran terbanyak dalam satu tahun.

Beliau berkata KUSKOP dan agensi di bawahnya termasuk SKM bersedia membantu koperasi-koperasi, terutama yang sudah mula berniaga untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082259/agromakanan-kuskop-sedia-rm100-juta-biayai-penubuhan-koperasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...