Rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di New York diminta waspada

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas susulan gempa bumi yang melanda berhampiran Stesen Whitehouse di New Jersey dinasihatkan berwaspada dan berhati-hati, selain mengikuti perkembangan terkini serta nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York mengesahkan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud itu berlaku kira-kira jam 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.

Melalui kenyataan dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.

Menurut kenyataan itu, walaupun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan, pihak berkuasa masih menilai keadaan dan situasi semasa.

Notis pemberhentian darat telah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di lapangan terbang utama dan menggantung beberapa perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu.

Kementerian Luar berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di New York sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York di alamat: 313 East 43rd Street New York, NY 10017 atau melalui nombor telefon: +1(212) 490 2723 atau melalui e-mel: mwnewyorkcg@ kln.gov.my.

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)