Jualan Semarak Syawal Agro MADANI tawarkan potongan harga hingga 30 peratus – Mohammad Sabu

Date:

Share post:

KLANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA menganjurkan Jualan Semarak Syawal Agro MADANI di 753 lokasi di seluruh negara, sempena Aidilfitri.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata menerusi inisiatif itu pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan dengan potongan harga hingga 30 peratus.

Beliau berkata inisiatif itu, bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu agensi berkaitan turun padang, membantu meringankan beban pengguna menjelang musim perayaan untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah.

“Insya-Allah bekalan untuk jualan ini mencukupi, dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) juga bertanggungjawab melaporkan segera kepada kami, sekiranya bekalan di sesuatu lokasi jualan tidak mencukupi,” katanya pada Majlis Pelancaran Semarak Syawal Agro MADANI Peringkat Kebangsaan 2024 di Pasar Tani Taman Sri Andalas, hari ini.

Mohamad Sabu menunjukkan ayam segar yang dijual pada harga RM10 seekor pada Majlis Pelancaran Semarak Syawal Agro MADANI Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, hari ini. - foto BERNAMA
Mohamad Sabu menunjukkan ayam segar yang dijual pada harga RM10 seekor pada Majlis Pelancaran Semarak Syawal Agro MADANI Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, hari ini. – foto BERNAMA

Sementara itu, FAMA dalam kenyataan memaklumkan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM30.5 juta sepanjang program jualan berkenaan tahun ini.

Program berkenaan akan turut melibatkan Jualan AGRO MADANI di 113 lokasi pusat pemasaran tersebut bagi menawarkan nilai penjimatan yang lebih kepada para pengunjung.

Selain barangan segar seperti ayam, daging dan sayur-sayuran, pengunjung juga berpeluang mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri lain antaranya ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih di semua lokasi jualan terlibat. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...