Kebakaran stor – SESB rugi RM40 juta

Date:

Share post:

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berdepan kerugian RM40 juta selepas stor simpanan syarikat itu yang menempatkan sejumlah besar gulungan kabel musnah akibat kebakaran di Inanam semalam.

Anggaran kerugian tersebut disahkan oleh Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau sewaktu meninjau lokasi kebakaran bersama Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar.

Madius ketika ditemui berkata, kabel yang ditempatkan di stor terbuka itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.

“Luas kawasan yang terbakar lebih kurang tiga ekar (1.2 hektar), tetapi ada juga kabel yang dapat diselamatkan dengan anggaran awal kerugian sebanyak RM40 juta.

“Setakat ini, punca kebakaran belum dikenal pasti. Kabel yang terbakar ada yang baru sampai pagi tadi sebelum diagihkan ke seluruh Sabah,” katanya.

Kebakaran yang berlarutan sejak tengah hari itu membabitkan kawasan seluas 1.2 hektar yang menghimpunkan gulungan kabel milik SESB.

Punca kebakaran setakat ini belum dikenal pasti selain pihak SESB terpaksa membuat tempahan semula kabel, khususnya untuk penyambungan bekalan elektrik ke rumah-rumah.

Operasi memadam kebakaran turut digerakkan oleh 60 orang anggota bomba daripada Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...