Pelaksanaan subsidi bersasar tidak jejas pelaburan asing – Tengku Zafrul

Date:

Share post:

Pasir Salak: Pelaksanaan subsidi bersasar yang dijadualkan bermula selepas suku kedua tahun ini tidak akan menjejaskan pelaburan asing dalam negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini berikutan pelabur lebih mementingkan konsistensi polisi yang dilaksanakan dalam negara bagi menentukan komitmen pelaburan mereka.

“Dari segi pelaburan asing… tidak ada kesan kerana pelabur akan melabur dalam jangka masa panjang.

“Tengok konsistensi polisi, contohnya sektor semi konduktor sudah bermula tahun 70-an dan sudah 50 tahun (bertapak di Malaysia), itulah fokus pelabur kita untuk melihat bagaimana dasar dan polisi negara, jika konsisten mereka akan melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Ihya’ Ramadan dan Iftar Perdana di pekarangan Masjid Jamek Al Ansar, dekat Bandar Baru FELCRA Seberang Perak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Halal Development Corporation, Khairul Azwan Harun dan Pengerusi Felcra Education Services Sdn Bhd, Ramelle Ashram Ramli.

Tambahan lagi, beliau berkata, kos pengoperasian bagi syarikat asing yang membuat pelaburan di Malaysia masih dikategorikan rendah berbanding negara lain.

“Dari segi kos, kita masih lagi rendah berbanding negara-negara lain kerana kebanyakan syarikat ini (pelabur asing) tak dapat pun subsidi yang disebut secara bersasar.

“Oleh itu, walaupun subsidi ini ditarik, syarikat-syarikat besar ini akan bandingkan negara kita dengan negara lain, negara kita masih lagi efektif dari segi kos,” katanya.

Pada majlis itu, Tengku Zafrul menyerahkan sumbangan kepada dua masjid dan 11 surau di kawasan Seberang Perak.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1075946/pelaksanaan-subsidi-bersasar-tidak-jejas-pelaburan-asing-tengku-zafrul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...