KPM konsisten tangani isu kesesakan di sekolah

Date:

Share post:

Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) konsisten dalam memastikan semua murid serta pelajar di semua sekolah seluruh negara melalui proses sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam suasana kondusif.

Sehubungan itu, usaha berterusan diambil pihak kementerian termasuk melaksanakan intervensi jangka pendek dan panjang bagi mengatasi isu kepadatan serta kesesakan di sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menyedari terdapat bilangan sekolah yang mengalami kesesakan khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan namun keadaan masih terkawal.

“Oleh sebab itu, di peringkat KPM kita konsisten untuk pastikan keselesaan suasana kondusif anak bersekolah,disamping melaksanakan intervensi (langkah-langkah) termasuk memastikan unjuran (tempoh masa) sekolah baharu dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Dalam Belanjawan (2024), sebanyak 26 sekolah akan dibangunkan (sebagai langkah jangka panjang) bagi memastikan murid dan pelajar dapat belajar dalam suasana selesa.

“Pada masa sama (sebelum pembinaan sekolah baharu siap) intervensi jangka pendek yang diambil adalah dengan pembinaan kabin (sementara).

“Selain itu, kita turut suraikan murid dan pelajar (dari sekolah sesak) ke sekolah berdekatan supaya bilangan mereka dapat dikawal dan pembelajaran kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu kepadatan murid yang dikhuatiri mengganggu pembelajaran murid-murid sekolah.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Program Jaulah Ramadan anjuran KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh, di sini, hari ini.

Dalam program itu, KPM dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara memberi sumbangan kepada 100 pelajar asnaf di sekolah terbabit.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1075944/kpm-konsisten-tangani-isu-kesesakan-di-sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...