Tiada masa tambahan bagi pendaftaran PADU – Rafizi

Date:

Share post:

Shah Alam: Kerajaan tidak mempunyai perancangan melanjutkan proses pendaftaran serta kemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir pada 31 Mac ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pihaknya perlu mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi.

“Setakat saya boleh katakan kita tiada rancangan untuk lanjutkan daripada 31 Mac. Perdana Menteri sudah umumkan pada belanjawan lepas bahawa tahun ini kita akan lakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar. Jadi kalau saya ada ruang, sudah tentu saya berbesar hati untuk lanjutkan.

“Cuma kalau kita lanjutkan (tempoh pendaftaran dan kemas kini) bermakna kita juga menolak pelaksanaan subsidi bersasar ke depan yang mana setiap satu bulan penangguhan, kerajaan menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion bagi subsidi minyak (petrol) pukal,” katanya pada sesi soal jawab pada Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengulas mengenai pelaksanaan subsidi bersasar, Rafizi berkata, cadangan yang diangkat kepada kerajaan dan sedang dibincangkan adalah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan kepada rakyat.

“Ia sesuatu yang belum pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini dan menerusi PADU, kita nak ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa panjang. Sebelum ini bantuan kita beri dalam tempoh tiga ke empat bulan sekali atau bagi menerusi e-dompet,” katanya.

Sementara itu, pada sesi libat urus berkenaan, Rafizi mengulangi kebimbangannya terhadap jumlah pendaftaran yang rendah dalam kalangan penduduk di Selangor.

Beliau berkata, 1,224 lokaliti di negeri ini masih belum mendaftar di bawah PADU.

Katanya, Petaling Jaya mempunyai bilangan penduduk yang tidak berdaftar dengan PADU tertinggi, diikuti Hulu Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Majoriti yang tidak berdaftar dengan PADU di Selangor adalah mereka yang tinggal di rumah flat, apartmen dan kondominium,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...