Penyanyi rap Lil Jon peluk Islam

Date:

Share post:

PENYANYI rap, DJ dan penerbit muzik terkenal, Lil Jon atau nama sebenar Jonathan H Smith telah memeluk agama Islam.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Lil Jon, 52, dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Menurut portal berita Turki Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.

Lil Jon, yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, berkongsi berita gembira itu melalui aplikasi media sosial berkenaan pada Ahad.

Penyanyi itu terkenal melalui beberapa lagu dan kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher yang turut memaparkan Ludacris.

Beberapa selebriti dan personaliti terkenal dilaporkan telah memeluk agama Islam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada minggu pertama Ramadan, saintis sel stem terkemuka, Henry Larson dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam satu video tular di media sosial.

Selain itu aktivis terkenal, Shaun King mendapat perhatian media antarabangsa atas keputusannya memeluk agama Islam pada bulan Ramadan tahun ini. – Awani

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/655095/berita/hiburan/penyanyi-rap-lil-jon-peluk-islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...