Permohonan maaf bertulis atau boikot ? – Akmal Saleh

Date:

Share post:

Pemuda Umno akan mengetuai gerakan memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart di seluruh negara sekiranya tiada permohonan maaf secara bertulis dibuat di semua 881 cawangannya.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua premis cawangan KK Mart sudah diminta untuk memasang kain rentang permohonan maaf kepada seluruh umat Islam atas tindakan mereka menjual stoking tertera kalimah Allah dalam tempoh dua hari atau berhadapan dengan kempen boikot sehingga kedai itu ditutup.

“Saya nak beritahu, kempen untuk memboikot sudah bermula sejak semalam apabila satu video saya (dimuat naik) dalam Tiktok saya yang meminta untuk boikot.

“Saya mengingatkan KK Mart atau mana-mana pihak bahawa kuasa membeli adalah di tangan kita. Jangan sesekali bermain dengan isu sentimen dan sensitiviti 3R (agama, bangsa, institusi diraja),” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Jasin selepas membuat laporan di Balai Polis Merlimau, di sini, malam tadi.

Dr Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, beliau sudah mengarahkan semua Pemuda Umno negeri membuat laporan polis terhadap penjualan stoking terbabit bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan.

Penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di KK Mart Bandar Sunway, Selangor tular selepas gambar produk diimport dari China itu dimuat naik pengguna di media sosial sejak 13 Mac lalu.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil mengecam tindakan kedai serbaneka terbabit sebelum pengasasnya dan syarikat pembekal membuat sidang media permohonan maaf, semalam.

KK Supermart sebelum ini mengeluarkan permohonan maaf selepas penjualan stoking itu tular di media sosial.

Kedai serbaneka itu dilaporkan sudah menghentikan penjualan produk yang dibuat oleh Miranosock itu.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai dilaporkan berkata, beliau juga berang dengan pembekal stoking berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023