Kualiti udara di Kimanis tidak sihat: Penduduk ambil langkah berjaga-jaga

Date:

Share post:

Penduduk di Kimanis, sebuah kawasan dalam daerah Papar, mengambil langkah berjaga-jaga susulan kawasan itu mengalami kualiti udara tidak sihat berikutan kebakaran hutan dan belukar akibat musim kemarau pada masa ini.

Dr Mohd Ruzaini Mohd Ridhwan yang berkhidmat di sebuah klinik swasta di Kimanis berkata penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dengan antaranya memakai pelitup muka demi menjaga kesihatan.

“Minum air masak dengan kerap dan jangan selalu keluar rumah juga kita amalkan. Pada masa kemarau dan kualiti udara tidak sihat ini kita ambil langkah berjaga-jaga, jangan kita leka. Sememangnya sukar, tetapi ini bencana alam dan kita hadapi secara bersama-sama.

“Yang penting apabila kita menyaksikan mereka (ada individu) lakukan pembakaran terbuka atau ada kejadian seumpama itu, laporkan segera kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Mohd Ruzaini, 30, meletak harapan terhadap kerajaan, jabatan serta agensi berkaitan untuk memainkan peranan membantu penduduk antaranya memberi bekalan air dan menyebar pemberitahuan tentang kualiti udara tidak sihat supaya lebih ramai penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Kimanis iaitu kira-kira 62 kilometer dari Kota Kinabalu mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 155 iaitu bacaan tidak sihat setakat 4 petang ini.

Peniaga bazar Ramadan, Nurul Albiya Abdullah, 43, berkata kualiti udara tidak sihat itu disedarinya dan keluarga sejak petang semalam apabila keadaan mula berjerebu serta tekak berasa gatal, namun situasi agak baik pada petang ini berbanding semalam.

“Pada mulanya ingatkan disebabkan asap peniaga memasak di bazar Ramadan, tetapi gatal tekak itu lain macam. Petang ini lebih baik daripada semalam tetapi kita masih ambil langkah berjaga-jaga. Mencabar juga Ramadan ini, tetapi kita tempuhi juga lah,” katanya.

Menurut Nurul Albiya setakat ini kualiti udara tidak sihat itu tidak menjejaskan peniagaan di bazar Ramadan terbabit dengan rata-rata pengunjung dilihat memakai pelitup muka dan tidak mengambil masa yang lama untuk membeli juadah.

Penghantar makanan Grabfood Mohammad Azrul Awang Ahmad, 28, berkata kualiti udara tidak sihat dan kemarau memberi kesan kepadanya kerana tidak mampu berada terlalu lama di luar untuk menghantar makanan.

“Kita (penghantar makanan) sudah pakai pelitup muka, tetapi dulu kita boleh buat (hantar makanan) dalam dua tiga jam sekali jalan sebelum rehat, sekarang satu jam pun seksa mahu habiskan. Selepas satu jam kita rehat dulu, bagi badan sejuk dan gatal tekak hilang. Selepas itu sambung lagi, tidak boleh paksa kena berjaga-jaga untuk kesihatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)