Dewan Rakyat: Isu lantikan NC Universiti, MSAP dibangkitkan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR – Persoalan sama ada kerajaan akan meneruskan amalan lantikan naib canselor universiti oleh menteri antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, pertanyaan itu akan dikemukakan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) kepada Menteri Pendidikan Tinggi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau juga ingin tahu sama ada lantikan jawatan berkenaan diberikan secara autonomi kepada warga universiti sendiri untuk mengundi naib canselor mereka, susulan keputusan kerajaan tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Turut dibangkitkan adalah pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta Menteri Komunikasi dan Digital menjelaskan mengenai Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) baharu yang mula berkuat kuasa semalam dan kesannya terhadap sektor telekomunikasi serta pengguna dari segi mutu perkhidmatan.

Pada sesi sama, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pula bertanyakan kepada Menteri Kesihatan berhubung prestasi dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.

Dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan punca dan penyelesaian yang akan diambil berkenaan isu bahaya kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas, yang lebih besar berbanding kes Covid-19.

Selain itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan juga dijadualkan menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin tahu langkah kementerian itu untuk membendung masalah kenaikan harga rumah yang berterusan.

Selesai sesi soal jawab itu, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari keempat.

BACA JUGA:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat

PM Anwar ajak orang ramai hadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah