Hajiji saran Malaysia Madani perlu pengisian terbaik ikut konteks tempatan

Date:

Share post:

KOTA KINABALU – Konsep Malaysia Madani sebagai satu acuan besar nasional, perlu diterjemahkan secara lebih spesifik dengan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, gagasan Membangun Malaysia Madani amat bersesuaian dengan suasana dan keperluan di Sabah, termasuk dari segi landskap serta ekosistem tempatan negeri ini.

“Kita mengaku konsep Malaysia Madani memang sudah berciri menyeluruh dan inklusif. Namun, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia Madani adalah sebuah kerangka kebangsaan yang bersifat sejagat dan terbuka.

“Justeru, proses menterjemah gagasan besar kebangsaan kepada konteks tempatan secara lebih spesifik adalah penting.

“Sebagai satu acuan besar nasional, Malaysia Madani memerlukan pengisian terbaik yang lebih khusus sifatnya, mengikut konteks tempatan,” katanya ketika merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Dalam konteks berkaitan, Hajiji berkata, Sabah memiliki keunikan tersendiri dari segi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik, selain aspirasi lokal yang belum mendapat tempat cukup kukuh dalam citra kebangsaan.

“Justeru, kita sudah tentu mempunyai keperluan unik dalam kerangka nasional Malaysia Madani. Kesedaran inilah yang perlu digarap dalam seminar ini supaya hasilnya nanti mencerminkan semangat nasional Malaysia Madani yang ditunjangi ciri lokal.

“Dalam bahasa mudah, kita perlu memetakan dengan tepat konsep Malaysia Madani kepada landskap dan ekosistem Sabah.

“Saya percaya, dalam mewujudkan sebuah negara benar-benar madani, proses itu harus dipacu prinsip keadilan sosial, pemerkasaan ekonomi serta budaya, yang memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara,” katanya.

Sebagai sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai latar etnik, geografi dan sejarah, beliau berkata, Sabah boleh mengambil posisi di hadapan bagi menterjemah ciri madani itu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kedua-dua gagasan Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berkongsi aspirasi serta impian sama, iaitu mahu melihat sebuah negara atau negeri berjaya dan maju dengan acuan kemanusiaan yang murni.

“Oleh itu, konsep Membangun Malaysia Madani bertepatan dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ yang diperkenalkan kerajaan negeri selepas menerajui kerajaan pada September 2020.

“Sebagai contoh, antara inisiatif Hala Tuju SMJ ialah mengukuhkan sosioekonomi rakyat dan membuat agihan kemakmuran yang lebih inklusif.

“Bagi konsep Malaysia Madani pula, antara matlamatnya ialah mengurangkan kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Dengan menggabungkan kedua-dua inisiatif ini, kerajaan mempunyai pendekatan lebih komprehensif dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri, yang sejajar dengan kerangka kebangsaan serta hasrat tempatan,” katanya.

Hajiji juga yakin melalui hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, kedua-dua inisiatif itu boleh memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif kepada rakyat di negara ini.

BACA JUGA:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan