Ikut fakta dan data, ekonomi bukan wayang, ia berasaskan fakta. Fakta menunjukkan pelaburan kita meningkat jauh lebih baik berbanding (pentadbiran) Perdana Menteri sebelum ini
Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan
Tanah NT sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dan menyukarkan untuk membangunkan atau menjana pendapatan daripada aset mereka
Bagi saya, apabila di perairan itu kurang nelayan vesel besar, ia memudahkan pencerobohan serta ada sebahagian warga asing mengambil kesempatan. Pada masa sama kita akan memohon kerajaan menambah kekuatan aset bagi meningkatkan pengawasan dan kawalan perairan
Sekiranya syarikat (agensi umrah) tidak dapat memenuhi perjanjian, maka jemaah boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya berlaku penipuan
Selain langkah-langkah yang telah dilaksanakan sekarang, saya juga telah memberi jaminan beberapa insentif dan sokongan akan diberi supaya menjadikan Bintulu sebagai hab kepada sektor tersebut
Namun, hanya untuk memastikan, kerana penggunaan (tenaga) pusat data adalah besar dan dalam setiap mesyuarat... ada yang mencadangkan mereka mahu memasang reaktor modular kecil (SMR)
Sekarang nilai harga bagi satu tan biji koko adala RM46,000 berbanding nilai tanaman yang lain. Justeru ia mampu untuk menghasilkan rangkaian bekalan kepada industri pengisaran dan pengilangan biji koko
"Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (untuk proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana untuk ini,"