Peningkatan Belanjawan Negeri Sabah 2025 membuktikan pimpinan Hajiji cemerlang – Ewon

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Keupayaan membentangkan belanjawan lebihan dengan peningkatan jumlah besar daripada RM5.701 billion pada 2024 kepada RM6.421 billion untuk 2025 menunjukkan keupayaan cemerlang Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata, selain itu, pewartaan Hari Sabah dan seterusnya penganjuran sambutan Hari Sabah pada 31 Ogos bermula tahun ini merupakan antara satu kejayaan Kerajaan Sabah yang perlu direkodkan.

“Ketua Menteri telah menyatakan kita harus bersatu bagi perkara-perkara yang kita bersetuju dan harus terus bermusyawarah bagi perkara-perkara yang masih selisih. 

“Peringatan ini merupakan kebijakan yang harus dirukuni oleh semua Anggota Dewan ini dalam mengurus tadbir dan membangunkan Sabah.

“Kita boleh berbeza parti dan pendekatan terhadap sesuatu aspirasi, isu dan hak Sabah tetapi matlamat kita tetap sama. Dalam Dewan ini, kita semua mempertahankan kedaulatan, hak, rakyat dan masa depan Sabah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2025, di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, selaku Ahli Dewan yang juga terlibat dalam platform Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), kepimpinan Hajiji dalam mengangkat hak-hak Sabah dalam perundingan pelaksanaan Perjanjian Malaysia telah mencapai keputusan yang jauh lebih baik berbanding keputusan-keputusan yang pernah dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, keputusan-keputusan inilah antara lainnya telah menyumbang peningkatan hasil kepada Kerajaan Sabah dan seterusnya membawa kepada Belanjawan tahunan yang lebih besar, antaranya pemberian interim di bawah Perkara 112D daripada RM306 juta daripada tahun ini kepada RM600 juta pada tahun hadapan.

“Saya juga mahu merekodkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sabah pimpinan Hajiji yang juga ADUN Sulaman, yang mensyaratkan pemilikan ekuiti pelaburan kerajaan negeri kepada pelaburan-pelaburan asing di sini termasuk tidak lagi memberikan pemilikan tanah, tetapi hanya pajakan kepada para pelabur.

“Saya berharap kerajaan negeri melalui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri yang telah ditubuhkan terus memiliki ekuiti dalam semua pelaburan tersebut sekurang-kurangnya 30 peratus. 

“Ini sudah tentu dapat mewujudkan ‘sense of ownership’ dengan matlamat menjana hasil yang lebih besar sesuai dengan hala tuju kerajaan negeri,” katanya.

Ewon berkata, Kerajaan Sabah juga perlu memberi tumpuan besar kepada proses pengambilan Sabah Electricity susulan penyerahan kuasa kawal selia tenaga dan gas kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, dengan keupayaan penjanaan hasil yang besar, beliau percaya Kerajaan Sabah boleh merancang bagaimana untuk mengambil-alih sepenuhnya saham yang dimiliki oleh Tenaga Nasional di Sabah Electricity seterusnya memperkasakan Sabah Electricity dengan loji-loji kuasa tenaga yang dimiliki sendiri, bukan hanya menjadi pembeli kepada tenaga yang dikeluarkan oleh Independent Power Plant (IPP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)