Kementerian Pertahanan harus ambil serius kes buli berulang di ALK

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memandang serius kes buli yang berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mengakibatkan seorang penuntut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang.

Baginda bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar tetapi juga mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi di negara ini.

Titah baginda, kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku, malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa.

“Di dalam pasukan tentera, latihan keras adalah perkara biasa bertujuan membina kekentalan mental dan jiwa yang kuat, seperti pernah dilalui oleh saya sewaktu menjalani latihan ketenteraan.

“Namun ini bukan bermakna ke tahap buli atau menyeksa seseorang itu sehingga mendatangkan kecederaan fizikal atau meragut nyawa. Ini tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Saya mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius perkara ini kerana kes buli sudah beberapa kali berlaku di ALK UPNM,” titah Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasmi baginda, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara, hari ini.

Ahad lalu, media melaporkan satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.

Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga dan kini dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Khamis lalu, seorang pelajar tahun empat dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas menekap seterika terhadap seorang pelatih tahun dua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

TikTok jalin kerjasama dengan MCMC tangani isu buli siber dan ancaman scam

Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman scam serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok

PM Anwar terima penghormatan tertinggi negara Peru ‘El Sol Del Peru’

Saya terima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia, dan kita menghargainya sebagai lambang persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Peru

Pelaburan baharu mampu jana pertumbuhan ekonomi Sabah

pelaburan baharu itu amat signifikan dalam menjana pertumbuhan ekonomi untuk Sabah dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan

Pemimpin negara rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Daim

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sumbangan Daim selama ini tidak ternilai kepada tanah air dan ia menjadi aspirasi kepada generasi akan datang