Home Berita Penjenamaan Semula JPKN Cerminkan Peranan Baharu Era Digital Sabah

Penjenamaan Semula JPKN Cerminkan Peranan Baharu Era Digital Sabah

0
GAMBAR KREDIT KEPADA PEMILIK ASAL

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh agenda transformasi digital apabila Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) secara rasmi dijenamakan semula sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, penjenamaan semula itu mencerminkan peranan baharu jabatan sebagai peneraju transformasi digital kerajaan negeri serta pemangkin pembangunan inovasi teknologi di Sabah. Sepanjang lima dekad, jabatan itu menjadi tulang belakang pembangunan sistem dan teknologi maklumat kerajaan daripada era pengkomputeran asas hingga pelbagai inisiatif digital dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata usaha berterusan itu telah memperkukuh kecekapan pentadbiran, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong agenda pembangunan negeri. Peralihan ke arah ekonomi digital, inovasi teknologi dan masyarakat berasaskan data memerlukan kerajaan memainkan peranan sebagai pemacu utama, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Menurutnya, jabatan itu akan terus memainkan peranan strategik dalam mempercepatkan transformasi digital, memperkukuh ekosistem inovasi serta menyokong pembangunan ekonomi digital negeri. Dengan pengalaman dan legasi 50 tahun, beliau yakin jabatan tersebut mampu memacu perubahan lebih besar demi manfaat rakyat Sabah.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version