Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

Date:

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS meningkat kepada 3,579 orang daripada 1,203 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,785 orang daripada 907 keluarga, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom daerah terbaharu dilanda banjir dengan lapan PPS dibuka, menempatkan 741 orang daripada 276 keluarga.

Sebuah pusat pemindahan kekal dan tiga PPS beroperasi di Beaufort menempatkan 1,202 orang daripada 391 keluarga dan dua PPS di Membakut menempatkan 737 orang daripada 245 keluarga.

Sementara itu, 763 orang daripada 241 keluarga berlindung di dua PPS di Sook dan dua PPS di Keningau menempatkan 136 orang daripada 50 keluarga.

“Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom serta lima di Sook dan dua di Keningau.

Trend pemindahan di Beaufort, Membakut dan Tenom meningkat manakala daerah lain kekal,” menurut kenyataan itu.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di utara negeri itu kekal 347 orang setakat 6 petang tadi.

Menurut laporan JPBN Sarawak, PPS Dewan Masyarakat Trusan masih menempatkan 100 penduduk terjejas banjir.

Jumlah mangsa di PPS SJKC Chung Hwa dan PPS SK Lintang masing-masing kekal dengan 35 dan 39 orang sementara mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang masih 173 orang.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...

Tangisan Banjaran: Tragedi UPSI di Gerik dan Takziah Buat Negara

Pada pagi 9 Jun 2025, negara sekali lagi diselubungi duka. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa Universiti Pendidikan...

Pasca Mahathir dan Politik Perkauman: Melayu Tidak Lagi Mahu Diselamatkan, Mereka Mahu Dimajukan

“Yang lemah bukan Melayu. Yang lemah ialah pemimpin yang terus menggunakan Melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa.” Tun Dr....
Exit mobile version