3,316 graduan perubatan telah dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah – Dr Dzulkefly

Date:

KUALA LUMPUR: Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan, berbanding tempoh menunggu lebih setahun sebelum ini.

“Sepanjang tahun ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mensasarkan untuk melantik 3,000 PPS untuk ditempatkan di 49 HLS di seluruh negara.

“Bagi suku pertama tahun ini, KKM sudah melantik seramai 1,114 Pegawai Perubatan Gred UD9 secara kontrak untuk menjalani latihan siswazah di 49 HLS seluruh negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) yang meminta dinyatakan bilangan doktor pelatih diserap ke dalam fasilti kesihatan negara sepanjang tahun lalu serta jangkaan untuk 2025, khususnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ganabatirau ingin mengetahui sama ada KKM mempunyai statistik berkenaan jumlah doktor pelatih yang sedang menunggu penempatan setakat ini.

Dzulkefly berkata, daripada 3,316 graduan yang dilantik sebagai PPS itu, seramai 423 ditempatkan di HTAR.

Katanya, pelaksanaan pengambilan enam kali setahun itu menyebabkan graduan perubatan tidak lagi kecewa kerana terpaksa menunggu lebih setahun sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version