Home Berita Hampir 2000 syarikat kerajaan akan diaudit menerusi e-SelfAudit berasaskan AI – PM...

Hampir 2000 syarikat kerajaan akan diaudit menerusi e-SelfAudit berasaskan AI – PM Anwar

0

PUTRAJAYA: Hampir 2,000 syarikat kerajaan akan diaudit dengan lebih cekap dan sistematik menerusi sistem e-SelfAudit yang dibangunkan Jabatan Audit Negara (JAN) mulai tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pengauditan menggunakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) merangkumi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berhad menurut jaminan (CLBG).

“Kaedah pengauditan rintis terhadap syarikat kerajaan dengan menggunakan sistem e-SelfAudit yang menggunapakai AI sudah dimulakan lebih awal iaitu pada November 2024.

“Lebih penting sistem ini dibangunkan secara dalaman melalui Projek Pendigitalan JAN tanpa membabitkan implikasi kos tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di sini, hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version