Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani konflik panjang di Myanmar – Julie Bishop

Date:

Share post:

DAVOS (Switzerland): Kepimpinan Malaysia dalam ASEAN memberi harapan untuk meredakan krisis berpanjangan di Myanmar, kata Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Julie Bishop.

Dalam ucapannya semasa Sidang Pleno ASEAN bertajuk “Even Stronger Together” di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 pada Rabu, Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecuali kumpulan itu dalam isu dalaman sambil mengakui tanggungjawabnya mencari penyelesaian damai.

Beliau turut menyatakan ASEAN telah mengambil langkah melalui pelan konsensus lima perkara, walaupun pelaksanaannya lebih perlahan daripada yang diharapkan.

“Adalah mengecewakan bahawa pelan konsensus lima perkara itu tidak dilaksanakan pada skala atau kelajuan yang kita inginkan. Situasi di Myanmar semakin merosot, tetapi saya melihat ada sinar di penghujung terowong dengan peneraju Malaysia dalam ASEAN serta pelantikan Utusan Khas baharu mereka,” katanya.

Bishop menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam menamatkan krisis kemanusiaan dan konflik yang berlarutan serta mengawal jenayah rentas sempadan di Myanmar.

Sesi itu yang dikendalikan Presiden WEF, Borge Brende, dengan penyertaan panel lain termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Pengerusi Global Mastercard Michael Miebach, dan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Prof Muhammad Yunus.

Bishop turut menyeru usaha diplomasi yang lebih kukuh untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Myanmar, sambil menegaskan bahawa ASEAN dan PBB boleh memainkan peranan penting dalam membawa negara itu kembali ke arus perdana dunia.

“Bersama-sama, ASEAN dan PBB boleh menjadi pembina jambatan, penyampai mesej damai yang amat diperlukan di Myanmar.

Saya amat berharap Myanmar akan kembali sebagai anggota ASEAN yang berfungsi sepenuhnya, di peringkat serantau, dan malah di arena global,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)