Home Berita Genjatan senjata di Semenanjung Gaza dijadual bermula Ahad ini – PM Qatar

Genjatan senjata di Semenanjung Gaza dijadual bermula Ahad ini – PM Qatar

0

ISTANBUL: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed, berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) “akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu” dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar “tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu.”

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version