Berwaspada hadapi banjir akibat luruan monsun di kawasan berisiko – Fahmi

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata peringatan itu dikeluarkan susulan ramalan hujan lebat berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad lepas melibatkan beberapa kawasan terbabit akibat luruan monsun.

“Amaran dikeluarkan MetMalaysia ini berkuat kuasa hingga 19 Januari,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata persiapan bagi menghadapi situasi berkenaan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara sentiasa bersedia untuk hadapi dan (begitu juga) bagi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Kita (kerajaan) sudah minta (agensi terlibat) untuk berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi,” katanya.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak bermula hari ini, susulan analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...