Langkah wajibkan lesen penyedia platform media sosial adalah pencapaian penting – Derek John

Date:

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan mewajibkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi ke atas semua penyedia perkhidmatan media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna, adalah satu pencapaian penting kepada peraturan dalam talian negara, kata Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Derek John Fernandez.

Beliau menyifatkan keperluan pelesenan itu sebagai pencapaian besar dalam meningkatkan keselamatan dalam talian dan pendekatan pengawalan.

Katanya, ia akan meletakkan tanggungjawab terhadap pihak berkenaan untuk memantau, sekali gus memahami dan menyiasat suatu aduan berkaitan.

“MCMC bekerja keras dengan berdepan pelbagai cabaran untuk mendapatkan pelesenan ini (dikuatkuasakan) dan untuk penyedia media sosial yang besar dilesenkan, ia adalah satu pencapaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bertajuk ‘International Cooperation in Online Regulation: Reflections on Practice’ sempena Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna media sosial juga perlu mengetahui bagaimana data peribadi mereka digunakan, dan mengambil tanggungjawab untuk melindunginya.

“Data anda tidak patut dijual. Anda patut mempunyai hak untuk mengetahui ke mana data anda pergi dan kepada siapa.

“Ramai tidak menyedari bahawa maklumat dalam gambar yang anda kongsikan di media sosial seperti wajah anak, alamat, plat kereta anda dan sejumlah maklumat, dibeli oleh pihak yang saya tidak kenal, kerajaan tidak kenal dan kita tidak kenal.

“Jadi, semua perkhidmatan telekomunikasi dan seperti rakan sejawat saya di Brazil serta Indonesia, kami menangani penggunaan kemudahan itu untuk memastikan ia tidak menjejaskan pengguna, pelanggan dan rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version