PETRA beri geran kepada 4 negeri laksanakan pengantian paip lama

Date:

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperuntukkan geran kepada empat negeri bagi melaksanakan projek penggantian paip lama dalam usaha mengurangkan masalah air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, empat negeri terbabit ialah Sarawak, Sabah, Kelantan dan Kedah yang mencatat kadar NRW tinggi.

Katanya, geran itu disalurkan bagi memastikan bekalan air bersih yang konsisten untuk pengguna dan industri, selain mengurangkan kadar NRW.

“Dua pendekatan diambil untuk menangani isu NRW, iaitu pertamanya menyediakan geran bagi negeri yang mencatat kadar NRW tinggi untuk menggantikan paip lama dengan ada yang berusia lebih 50 tahun.

“Keduanya, bagi negeri yang mencatat kadar NRW rendah, kerajaan menawarkan skim geran sepadan iaitu dengan kaedah Kerajaan Persekutuan membayar 50 peratus daripada kos pembaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kementerian PETRA Bersama Media Sarawak 2024 di sini, malam tadi.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir; Ketua Setiausaha PETRA, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kadar kehilangan air berpunca daripada beberapa faktor seperti paip bocor dan sambungan haram turut memerlukan penyelesaian menyeluruh.

Selain itu, katanya, negara komited untuk beralih kepada sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

“Dalam hal ini, kita di Sarawak seharusnya berbangga kerana sudah mencapai lebih 60 peratus tenaga boleh diperbaharui melalui kuasa hidro dan sekarang ini juga beralih untuk tenaga solar, empangan melata dan biojisim.

“Bagaimanapun di Semenanjung, tenaga boleh diperbaharui hanya mencapai sekitar 20 peratus, namun disebabkan tidak banyak sungai di sana, usaha lebih difokuskan kepada tenaga solar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version