Malaysia sampaikan permohonan tambahan kuota haji kepada Arab Saudi – Mohamad Hasan

Date:

MADINAH: Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi supaya kuota haji negara dapat ditambah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semalam.

“Beliau (Dr Tawfiq) tidak dapat memberikan jawapan pada masa (pertemuan) itu, tetapi beliau sedaya upaya akan cuba untuk memenuhi permohonan kita (Malaysia).

“Permohonan tambahan kuota haji ini bukan sahaja telah kita lakukan secara lisan, tetapi juga secara bertulis sebelum ini,” kepada Bernama selepas majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Madinah di sini semalam.

Pada pertemuan itu, Mohamad yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember, disambut Dr Tawfiq di Al-Masjid Al-Nabawi, kira-kira jam 12.20 tengah hari waktu tempatan (5.20 petang waktu Malaysia).

Mohamad berkata dalam perbincangan itu juga, Dr Tawfiq memuji pengurusan jemaah haji Malaysia oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Jemaah haji Malaysia juga merupakan yang paling berdisiplin. Oleh sebab itu, Malaysia merupakan negara pertama yang telah diberikan tapak untuk penempatan jemaah haji tahun depan.

Jadi, Tabung Haji sudah boleh mula proses bina khemah di tapak itu lebih awal, biasanya pemberian tapak dimaklumkan lebih lewat,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji 2024 sebanyak 31,600 jemaah, sama seperti tahun lalu. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version