4 kes buli kakitangan perubatan telah diambil tindakan oleh KKM – Dr Dzulkefly

Date:

KUALA LUMPUR: Empat aduan berkaitan unsur buli membabitkan kakitangan perubatan diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 30 September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata empat kes itu dikenal pasti sebagai aduan berasas membabitkan buli berbanding keseluruhan 355 aduan pelbagai yang direkodkan melalui sistem MyHELP sepanjang tempoh sama.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai empat kes buli yang dimaksudkan itu.

“Setakat 30 September lalu, sebanyak 355 aduan pelbagai telah direkodkan. Selepas tapisan dibuat, empat (aduan berkaitan unsur buli didapati berasas dan aduan ini telah diambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa;

“Enam (aduan dalam peringkat siasatan untuk pengesahan dan pembuktian sama ada benar-benar perbuatan buli atau tidak dan baki 345 aduan lagi merupakan aduan pelbagai berkaitan hal-hal perkhidmatan, permohonan kenaikan pangkat, pertukaran, kepincangan pengurusan, isu komunikasi dan lain-lain,” katanya melalui jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PH-Kuala Langat) mengenai statistik kes buli melibatkan pakar, pegawai perubatan, pegawai perubatan pelatih dan paramedik yang dilaporkan serta kaedah menangani kes buli yang dilaksanakan KKM.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menegaskan Kementerian KKM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang perlakuan buli, yang mana setiap aduan dikemukakan akan diperincikan bagi menentukan kesahihannya sebagai suatu perlakuan buli bagi diambil tindakan pembetulan atau punitif.

“Selaras dapatan siasatan Pasukan Petugas Khas Bagi Menambahbaik Budaya Kerja di Kementerian Kesihatan (HWCITF) pada 2022, KKM memperbaiki mekanisme untuk menangani kes buli menerusi pelancaran sistem MyHELP.

“Sistem ini dilancarkan 1 Oktober 2022 sebagai saluran aduan utama bagi pegawai melaporkan terus kes buli kepada Unit Integriti, Ibu Pejabat KKM tanpa melalui Ketua Jabatan.

“Prosedur ini disediakan sedemikian bagi menegakkan prinsip ketelusan, kerahsiaan dan ketegasan dalam usaha KKM menangani kes buli. Mana-mana pegawai yang menjadi mangsa buli atau saksi kepada kejadian buli boleh membuat aduan tanpa halangan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Bagi petugas kesihatan yang menghadapi isu kesihatan mental termasuk buli, Dr Dzulkefly berkata KKM menyediakan pelbagai saluran bagi membantu mereka mengatasi isu terbabit.

KKM juga berharap pegawai dapat mengguna pakai sistem MyHELP sekiranya berhadapan isu buli serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sokongan dan intervensi yang disediakan di peringkat fasiliti masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version