Kerajaan tidak tunduk sebarang usaha untuk ganggu gugat kestabilan politik Sabah – Hajiji

Date:

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah tidak akan tunduk kepada sebarang usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, penyebaran beberapa klip video termasuk terbaharu yang berkaitan dakwaan pemberian lesen melombong adalah usaha untuk mengancam kerajaan negeri.

Katanya, tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu terbabit adalah tidak berasas.

“Saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat. 

“Kerajaan negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak. Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong diberikan adalah tidak benar sama sekali.

“Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan ‘prospecting license’ untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral. Proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan lesen melombong daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Bagaimanapun jelasnya, isu berkenaan dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik. 

“Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri.

“Saya juga ingin menjelaskan permohonan kumpulan terbabit melibatkan tanah yang sangat luas, hampir satu juta ekar. Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan.

“Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video disebarkan sebagai usaha untuk mengancam kerajaan negeri. 

“Perbuatan mengaitkan rakaman video yang disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah, adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbirannya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran.

“Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version