Rakyat Palestin di Gaza kini bergantung sepenuhnya bantuan kemanusiaan

Date:

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran rakyat Palestin di Gaza kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, sementara keupayaan PBB memenuhi mandatnya terus merosot, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu hantaran di platform X, agensi itu berkongsi kisah Jamila, seorang wanita warga emas Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kini tidak mendapat akses kepada ubat-ubatan selepas kehabisan bekalan akibat sekatan Israel terhadap operasi UNRWA di wilayah itu.

“Saya terpaksa berjalan jauh hanya untuk sampai ke klinik di Khan Younis bagi mendapatkan ubat. Saya menghidap penyakit kronik, tetapi malangnya tiada ubat yang tersedia,” menurut UNRWA memetik kata-kata Jamila, 80 tahun.

“Dahulu, saya bergantung sepenuhnya pada UNRWA untuk penjagaan kesihatan dan pendidikan, bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan cucu-cucu saya.

“Kini, saya berdepan realiti yang menakutkan. Siapa akan membantu kami jika UNRWA tiada?”

Dalam hantaran yang sama, agensi itu turut menegaskan, “Di Gaza yang dilanda peperangan, rakyat awam seperti Jamila kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, sementara keupayaan PBB melaksanakan mandatnya semakin terjejas.”

UNRWA mengulangi desakan untuk gencatan senjata segera, dengan menekankan bahawa Israel masih mengawal kemasukan bantuan ke Gaza, memburukkan lagi krisis kemanusiaan terutama di bahagian utara wilayah itu.

Israel juga didakwa enggan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan PBB untuk membenarkan penghantaran makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version