Sarawak akan muktamadkan perjanjian jual beli MASwings – Abang Johari

Date:

KUCHING: Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, penubuhan syarikat penerbangan Sarawak tersebut bertujuan mempromosikan negeri itu kepada komuniti perniagaan dan pelancong.

“Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain.

“Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil kita terus mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata rundingan masih dijalankan antara MASwings dan kerajaan Sarawak.

Menurut Loke, rundingan juga sedang dilakukan dengan MAG dan Khazanah Nasional Bhd berhubung pembelian saham dalam MASwings. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version