PM Anwar bincang aspek perkasa ekosistem AI dan pusat data bersama Google

Date:

LIMA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi Google khususnya yang berkaitan pusat data dan kecerdasan buatan (AI). 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata aspek pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data perlu diberikan perhatian sewajarnya terutama dalam aspek peraturan dan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan berlaku ketirisan data serta eksploitasi ke arah keburukan.

“Justeru, saya telah mengarahkan kementerian berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan kesan terhadap ini dapat dikawal,” kata Anwar selepas perjumpaan dengan ketua delegasi Google yang juga Ketua Global bagi Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 di sini.

Terdahulu, beliau menyertai pemimpin perniagaan dalam kalangan ekonomi APEC pada sesi makan tengah hari yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Perniagaan APEC (ABAC) Malaysia yang juga Pengerusi Eksekutif Westports Datuk Ruben Emir Gnanalingam. 

“Dalam sesi ini saya bertukar-tukar pandangan dengan mereka selain berkongsi aspirasi Malaysia berkenaan hal perdagangan dan pelaburan sekali gus mengajak mereka untuk melabur di negara ini,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menekankan mengenai dasar kerajaan MADANI yang jelas dan penekanan terhadap memudah cara perniagaan yang menjadikan ekosistem perniagaan di Malaysia lebih kompetitif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version